Sinopsis Sein dan Luna

Ia mengisahkan tentang kisah percintaan antara Sein dan Luna. Sein dan Luna mula berkawan baik sejak zaman sekolah menegah. Mereka bertemu apabila Sein lari dari hostel kerana terlalu bosan duduk di hostel dan Sein baru sahaja bergaduh dengan kawan hostelnya, Sein lari dari hostel untuk bersiar-siar sementara tetapi setelah lama keluar Sein tidak tahu jalan untuk ke hostelnya dan dia terlalu penat untuk berjalan pulang lalu dia mengambil keputusan untuk tidur di hadapan rumah Luna, awal pagi tersebut sewaktu ibu Luna hendak ke surau untuk mengerjakan solat subuh ternampak Sein yang sedang nyenyak tidur lalu mengejutkannya dan bertanya asal usul Sein. Sejak haritu Sein sering kerumah Luna agar dapat bertemu dengan kuluarga Luna dan keluarga Luna juga sudah menganggap Sein sebagai keluarga. Mereka sering menghabiskan masa mengulangkaji pelajaran mereka, dan sering bergurau, Lama kelamaan Sein dan Luna berkawan dengan rapat dan Dalam diam, mereka menyintai antara satu sama lain tetapi tidak berani untuk mengaku perasaan mereka. Peperiksaan telah berakhir mereka sudah habis sekolah menengah tetapi menunggu keputusan peperiksaan Spm, Sebelum Sein meninggalkan kampung Sein bertemu dengan Luna dan mereka berjanji akan bertemu kembali di sebuah tempat selepas menerima keputusan SPM mereka tetapi mereka berjanji jika salah satu dari mereka harus mencari satu kekasih hati dan jika mereka berdua masih 'single' maka mereka mungkin ada jodoh dan Luna akan menerima pinangan sein.

Sehingga hari tersebut tiba, Sein membawa kawan rapatnya untuk menerima keputusannya, mereka bertemu di tempat yang dijanjikan dan Sein malu memberitahu Luna bahawa dia masih tiada kekasih, dan sama juga dengan Luna yang masih tiada kekasih tetapi Sein dan Luna ego dan menunjukkan bahawa mereka sudah ada pasangan, Luna memberi tahu bahawa dia sudah bertunang dengan kawannya dan Sein pula memberitahu bahawa dia akan berkahwin dengan Wardah. Luna kecewa dan mengambil keputusan untuk meneruskan pelajarannya.

Berkaitan